Kemajuan Pembangunan Kampung Laut
Pembangunan Kampung Laut Dahulu
Petempatan Kampung Laut dahulunya hanyalah terdiri daripada rumah-rumah tradisional yang diperbuat daripada kayu. Hanya sebahagian kecil sahaja rumah di Kampung Laut pada zaman dahulu didirikan dengan menggunakan batu bata. Selain itu, dahulu terdapat bazar-bazar atau pondok-pondok kecil yang dibagunkan oleh penduduk tempatan untuk aktivit perniagaan seperti perniagaan serunding, batik, wau dan sebagainya.
Pembangunan Kampung Laut Kini
Pembangunan Masa Hadapan
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dalam proses menaiktarfkan lagi kawasan Kampung Laut, Tumpat untuk masa akan datang iaitu akan terbinanya jambatak Paklembang. Jambatan ini dibina bertujuan untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi penduduk setempat serta mengutaikan aliran trafik bagi kesesakan lalu lintas. Jambatan ini dibina dengan menghubungkan Kampung Laut, Tumpat dengan Kota Bharu iaitu ibu kota bagi Kelantan dan dijangkakan mampu menarik ramai kemasukan pelancong sekai gus merancakkan lagi aktivti pelancongan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Kampung Laut merupakan sebuah kampung yang unik kerana kampung ini mempunyai sejarah yang bermakna sehingga diiktiraf oleh UNESCO. Selain itu, kampung ini juga mempunyai sosiobudayanya yang tersendiri dan masih diamalkan sehingga kini. Oleh hal yang demikian, keunikan Kampung Laut ini sama ada dari segi pembangunan mahupun dari segi sosiobudaya perlulah dipelihara dan dijaga oleh pihak yang bertanggungjawab serta penduduk kampung itu sendiri agar keunikan kampung ini tidak lapuk ditelan zaman serta dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.
Comments
Post a Comment