Transkrip temubual

 

Transkrip temubual

Saya telah melaksanakan temubual bersama Wan Abdullah bin Wan Ahmad iaitu selaku imam Masjid Warisan Kampung Laut. Tembual ini dilaksanakan pada 7 March 2024.

 

Saya

Assalamualaikum, saya Fatini husna daripada IPG Kampus Sultan Abdul Halim ingin menemubual encik mengenai sejarah petempatan Kampung Laut ni. Boleh encik perkenalkan diri encik dulu?

Responden

Waalaikumusalam w.b.t, nama saya Wan Abdullah bin Wan Ahmad selaku imam masjid warisan Kampung Laut. Menetap disini dan berasal disini.

Saya

Apakah sejarah pembukaan kampung Laut cik?

Responden

Sebab apa salah silah Kampung Lautnya daripada cerita orang tua dahulu, sebab kawasannya mungkin asalnya sebelum menjadi kampung ni, dia kawasan tempat paya, berjiran dengan laut.

 Kalau tengok sebahagian sejarah orang kampung, masyarakat banyak mengali telaga. Telaga tahu kan? Perigi.

Sebahagian tu, apabila dalam dah gali sehingga jumpa mata air, ada jumpa kayu, batang pokok, ada jumpa daun nipah yang menjadi satu persoalan bagaimana benda tu boleh berada di dalam tanah kan.

Jadi mungkinlah asalnya kawasan ni dekat dengan laut yang menjadi paya dan disebabkan itulah dinamakan kampung ni sebagai kampung Laut.

Jadi dia dinamakan kampung Laut.

Tapi sekarang pun memang kampung Laut dekat dengan laut. Tidak jauhlah dengan laut.

Saya

Ouhhh

Saya

Pastu nak tanya, apakah sejarah bermakna kampung laut ni? Sebab kita tahu yang kampung Laut ni ada sejarahnya. Jadi boleh cik terangkan?

Responden

Ouh, yang menjadi satu simbol lah kampung Laut ni? Begitu?

Saya

Ha..ye

 

Salah satunya masjid. Walaupun sebelum ni masjid ni berada di Nilam Puri tetapi tetap masjid ni asalnya masjid kampung Laut.

Salah satu benda yang menjadi tanda masjid kampung Laut sendiri dan selain daripada tu, kami di kampung laut ni terkenal dengan tradisi pembuatan serunding atau seni warisan.

Saya

Okey tadi cik ada bagitau mengenai sejarah masjid kan. Macam sejarah utama bagi kampung Laut. Jadi boleh encik terangkan mengenai mengenai masjid ni secara lebih mendalam?

Responden

Sejarah masjid ni ada banyak versi

Katanya terbina pada abad ke 17 dan ada juga yang menyatakan terbina pada abad ke 15 maknanya sebelumnya adanya sejarah Melaka.

Tapi secara rasminya mengikut kajian terbaru muzium, masjid ni terbina pada abad ke 15 dikaitkan dengan pelayaran yang menyebarkan islam dalam masa yang sama berdagang sambil berdakwah.

Tapi asalnya mengikut kajian baru, masjid ni terbina pada abad ke-15

Kalau dikira sekarang berumur 521 atau 522 tahun masuk tahun ke 2024 ni.

Saya

Jadi masjid ni dibina oleh pelayar yang datang berdagang?

Responden

Ya

Ada kisahnya kenapa terbinanya masjid ni

Salah satu kisahnya yang disepakati ramai terbinanya masjid ni disebabkan oleh nazar atau perjanjian yang dibuat oleh pelayar.

Disebabkan kapal pelayar bocor atau lusuh, jadi pelayar berjanji ataupun bernazar jika mereka selamat berlabuh pada satu tempat tu, dia akan bina satu masjid dan ditakdirkan terbinanya masjid ni.

Tapi ini bukan tempat asalnya masjid ni. Tempat asal masjid ni dalam sungai, lebih kurang ke sana dalam 200 meter. Tapi masih ada sisa pembinaan masjid tu lagi. Dulu kalau ikutkan masjid dulu biasanya berada berdekatan dengan tanah kubur kan. Jadi tanah kubur tu masih ada lagi tetapi keluasan menjadi semakin sempitlah berbanding dengan keluasan asal.

 

Saya

Jadi seni bina masjid kampung Laut ni masih sama ke? Atau ada perubahan yang telah dilakukan?

Responden

Reka bentuk asal sama sebab dia pun ambil kayu atau perkakas yang sama. Reka bentuk yang asal lah.

Saya

Kiranya, kayu masjid sekarang masih guna yang dahulu lagi lah?

Responden

Ya, daripada dulu lagi. Cumanya ada tukar gantilah.

Pihak muzium keluarkan kenyataan 60% daripada yang asal manakala 40% diganti sebab rosak. Mungkin dari segi dinding sebab kayu kan. Keseluruhan pembinaannya menggunakan kayu cengal.

Cuma jelas kita nampak ada sturktur baharunya besi untuk menampung sebab atab yang baru. Atab seperti Thailand

 Saya

Ada tak benda-benda yang dulu disimpan sampai sekarang?

Responden

Mimbar, beduk dan kolah.

Cumanya apabila berlaku pemindahan tahun 1968 tak silap. Pemindahan ni menyebabkan mimbar, kolah terpisah dengan masjid.

Saya

Lepastu nak tanya, apakah perbezaan pembangunan zaman dahulu dengan zaman kini?

Responden

Rumah-rumah lama dibina dengan reka bentuk baharu. Reka bentuk terkini. Tapi seni bina rumah lama pun ada cumanya dari segi penjagaan seni bina rumah lama tu semakin pupus sikit.

Pembagunan membangun hasil daripada projek daripada kerajaan pusat buat pembangunan untuk kampung laut kerana untuk menaik taraf kampung laut untuk industri pelancongan.

Saya

Apakah sosiobudaya masyarakat di kampung Laut

Responden

Rebana kampung laut, silat masih ada lagi

Saya

Masih diamalkan sehingga sekarang lah?

 

Ya

Responden

Wau, layang-layang masih dimainkan sehingga sekarang tapi tidak semeriah seperti dahulu.

Boleh tengok sini yang ada kedai pembuatan wau sobek yang dibuat sendiri oleh orang kampung Laut.

Wau sobek merupakan wau rekaan tradisi yang diukir lah.

Dari segi pemulihan sosiobudaya kuranglah sebab kemodenisasi.

Ada juga budaya mok Yong, dikir barat, main tteri.

Dari segi makanan tradisional masyarakat kampung laut salah satunya, agar-agar kering. Lain-lain tu tiada, setakat saya tahu lah.

Saya

Okey soalan terakhir, kegiatan ekonomi kampung Laut selain daripada kegiatan professional?

Responden

Perniagaan serunding, dodol, pembuatan batik tapi dahulu batik dibuat dirumah. Selain daripada tu, orang kampung ni bekerja dengan tauke-tauke kilang seperti bekerja potong bawang, proses daging yang seketul-seketul dihancurkan untuk buat serunding. Ada nelayan.Itu je lah

Saya

Okey tu jelah soalan daripada saya. Terima kasih.

 

Comments

Popular posts from this blog

Latar Belakang Kampung Laut